UC MuSiX ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
KEPADA SELURUH WARGA CANTERBURY
DAN JUGA WARGA NEW ZEALAND

Insya Allah pada hari Isnin, 21 September ini Kelab UMNO Christchurch (KUC), Canterbury and Lincoln University Malay Postgradute (CLUMP) dan Uni. of Canterbury Muslim In Action (UCMUSIX) akan mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Riccarton Community Centre. Sambutan bersama yang julung kali diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dikalangan warga Christchurch yang semakin berkembang. Berikut disertakan maklumat mengenai sambutan majlis:

Hari: Isnin
Tarikh: 21 September 2009
Tempat: Riccarton Community Centre, 199 Clarence St (berhampiran Riccarton Mall) **laluan bas Riccarton Road dan ORBITER(recommended).

PENTING!!..
Waktu: 9.00 am (Sembahyang raya jika 1 syawal jatuh pada hari Isnin)
12.00 pm (Solat Zuhur berjemaah jika 1 Syawal jatuh pada hari Ahad)

Waktu bermulanya majlis adalah berbeza, bergantung pada hari jatuhnya 1 Syawal. Jika 1 Syawal jatuh pada hari Isnin, kita akan sama-sama mendirikan solat sunat Aidilfitri dan bertakbir pada pukul 9 pagi. Jika 1 Syawal jatuh pada hari ahad pula, majlis akan bermula pada jam 12 tengah hari dimulaai dengan solat Zuhur berjemaah dan sesi tazkirah.

Insya Allah berberapa aktiviti akan disediakan pihak penganjur seperti Pertandingan Famili Ceria dimana akan diadakan sesi fotografi untuk memilih famili yang paling sedondon, pertandingan menganyam ketupat, persembahan nasyid, pertandingan Kuih Raya Enak dan sessi pembahagian duit raya kepada si Kecil. Juadah Hari Raya ada disediakan dan potluck juga amat dialu-alukan. :)

JOM KECOH!!!MARI2X BERSAMA MEMERIAHKAN SAMBUTAN HARI RAYA INI:)
0 Responses

Post a Comment

  • PeNguNJuNg kAMi...

    hALwA tELiNGa...


    AsmAuL hUSnA...

    HaRi kiAN sUntUk...

    DeMi MaSa...