.:Zaid Al-Khair:.



Bismillahirahmanirrahim

Ingin dikongsi ibrah (pengajaran) daripada sebuah kisah sahabat agar menjadi penguat tekad dan penenang jiwa bagi mereka yang Allah azzawajalla kehendaki, insyaAllah


Zaid Al-Khair


Seorang lelaki yang digambarkan seperti dalam hadith


‘Manusia seperti logam, baik ketika jahiliyah,baik juga ketika islam jika dia faham’


Begitulah zaid al –khair


Saya bahagikan kisah beliau kepada dua bahagian

1- sebelum memeluk islam

  • lelaki yang tampan,mempunyai tubuh yang paling sempurna dan paling tinggi sehingga jika beliau menunggang kuda, kakinya akan mencecah ke bumi.


  • sayang dan kasihnya pada ayahnya. Diberi susu daripada unta betina yang sihat kepada ayahnya (muhalhil) yang sudah uzur . diberikan daging biri-biri yang dipanggang kepada ayahnya, disuap ke mulut ayahnya. Setelah ayahnya kenyang, baru beliau mengisi perutnya.ditempatkan ayahnya di sebaik –baik khemah.

  • amanah pada tugasnya, menjaga unta-unta adik perempuannya sehingga mencari-cari siapa pencuri unta-unta tersebut setelah hilang dari pandangan.

  • ’jadilah penahan tawanan yang baik’ ucap seorang lelaki dari kaum Bani ‘Amir yang didapati bersalah mencuri unta-unta adik perempuannya. Zaid telah melayan dengan baik tawanannya sehinggakan harta rampasan perang berupa 100 ekor unta diberikan kepada lelaki kaum Bani ‘Amir (kaum tersebut ditimpa kemarau) dan diutuskan beberapa orang untuk mengiringi lelaki tersebut pulang ke pangkuan kaumnya (al-Hirah)

2- selepas memeluk islam


  • sehingga berkata Rasulullah;

‘ wahai zaid, tiada seorang lelaki yang diceritakan kepada saya sifatnya, kemudian saya melihatnya sendiri,ternyata dia kurang daripada apa yang disifatkan….kecuali engkau’


Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa. Tetapi, untuk Zaid, indah khabar,indah juga rupanya.

  • tekad untuk memeluk islam setelah mendengar bait-bait khutbah baginda.

‘sesungguhnya saya lebih baik daripada ‘uzza dan segala yang kamu sembah. Sesungguhnya saya lebih baik daripada unta hitam yang kamu sembah selain daripada Allah'.


tetap teguh!

  • biarpun seolah-olah mencabar keegoaan manusia, Zaid dan beberapa lagi membenarkan al-Haq. Namun, ada yang membenci kata-kata itu (Zurr bin Sadus, lari ke syam, mencukur kepalanya dan memeluk kristian)

  • masih punya rasa hormat pada Rasulullah (kejadian tolak menolak alas bantal). Bertanya Rasulullah kepada Zaid;

‘wahai Zaid, bagaimana perasaan kamu apabila menjelang pagi?’


Zaid menjawab;


Saya suka kepada kebaikan dan orang yang melakukannya…jika saya berhasil melakukannya, saya yakin dengan ganjarannya.jika saya tidak berpeluang melakukannya, saya sangat rindu untuk melakukannya.’


Rasulullah bersabda;


‘ini merupakan tanda daripada Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya’


Zaid meluahkan syukurnya


‘segala puji bagi Allah yang menjadikan saya diatas landasan yang dikehendaki Allah dan RasulNya.’

  • menyatakan hasratnya;

‘wahai Rasulullah, kurniakan kepada saya 300 orang tentera berkuda.saya jamin akan melancarkan serangan bersama-sama mereka ke atas Negara Rom.


Rasulullah bersabda dengan kagumnya;


‘wahai Zaid, amalan kamu adalah milik Allah!’

  • yang akhirnya, semua kaumnya yang mengikutinya telah memeluk islam.

  • ditakdirkan Allah, Zaid dan kaumnya ingin pulang ke kampung halaman di Najd. Baginda mengucapkan selamat tinggal, lalu bersabda;

‘ lelaki jenis apakah ini?!alangkah agung kedudukan yang bakal dicapainya kalau dia selamat daripada wabak penyakit madinah!’


Ketika itu , madinah diserang demam. Zaid turut ditimpa demam.

Beliau berpesan;

‘jauhkan saya dari kabilah Qais. Antara kita telah berlaku banyak peperangan kesan daripada kebodohan jahiliyah. Demi Allah! Saya tidak akan memerangi orang islam sehinggalah saya kembali bertemu Allah (meninggal dunia)’


Punya kesabaran dan ketabahan yang kuat walaupun ditimpa demam yang teruk setelah memeluk islam.

  • punya cita-cita yang menggunung; ingin pulang menemui kaumnya dan menyebarkan da’wah dengan tangannya.

  • berlumba-lumba dengan maut. Siapa yang tiba dulu. Ditakdirkan maut terlebih dahulu menjemput, Zaid al-Khair menghembuskan nafas di pertengahan jalan.

  • tiada ruang antara tempoh keislaman dan kematiannya untuk beliau melakukan dosa.



Pengajaran/ibrah


  • mereka yang punya akhlak yang baik akan menjadi lebih baik (bermanfaat) setelah memehami islam kerana telah jelas bagi mereka matlamat dan ganjaran atas segala kebaikan.

  • tidak mudah putus asa walaupun ujian datang menimpa-nimpa. Yakinlah itu hanya sekadar ujian untuk menguji iman, sayangmu pada Allah ,tuhan yang menciptakan.

  • sentiasa mengharapkan ganjaran daripada Allah semata-mata .mengikhlaskan setiap kebaikan kerana Allah.

  • tidak menyalahkan takdir/ tidak langsung tunduk pada hasutan syaitan yang mengapi-apikan kebenaran.

‘yakinlah wahai sahabat, jika Allah mengkehendaki mu akan hidayah, pertolonganNya, kamu akan mendapatnya. Peganglah hidayah itu sekuat-kuatnya, jangan biar terlepas kerana mungkin tiada kedua yang akan menyusul…’



wallahualam

0 Responses

Post a Comment

  • PeNguNJuNg kAMi...

    hALwA tELiNGa...


    AsmAuL hUSnA...

    HaRi kiAN sUntUk...

    DeMi MaSa...